Tuesday, October 4, 2011

Projek Penternakan Kambing

Assalamualaikum....
Sebagai pengenalan disini aku ingin kongsi bagaimana aku boleh mula menternak kambing. Mengikut sejarah keluarga aku, belum pernah ahli keluarga aku yang menternak kambing. Berdasarkan cerita mak aku, keluarga aku dulu ada menternak kerbau, itu pun lama dulu masa aku kecik-kecik....dalam bab ini aku langsung tak ingat apa-apa..

Aku mula berjinak dengan kambing ialah selepas aku melayari laman-laman web penternak kambing yang terdapat di Malaysia..Satu demi satu laman web mereka aku masuk dan dari situ minat aku mula timbul untuk menternak kambing. Sedang dalam tercari-cari ilmu tentang kambing, aku terjumpa satu kursus penternakan kambing yang dianjurkan oleh UK Farm Sdn Bhd yang bertempat di Kluang, Johor.. Apa lagi aku pun terus mendaftar... kerana inilah yang aku cari selama ini. Disamping itu aku telah membeli satu buku "Usahawan Penternakan Kambing Boer" yang diterbitkan oleh MARDI. Sebelum pergi berkursus, aku telah berbincang dengan pak cik aku yang aku hendak pergi kursus kambing di Johor...dan jawapan yang aku dapat daripada pak cik aku amat memberangsangkan...iaitu beliau juga amat berminat untuk menternak kambing dan ingin mengikuti kursus bersama-sama dengan aku..

Selepas pulang dari kursus...aku pun tercari-cari apakah kaedah yang menjimatkan untuk aku memulakan projek penternakan kambing aku..Dalam pada aku merangka kertas kerja untuk projek aku...aku juga mencari-cari kawasan yang sesuai untuk memulakan projek. Semasa dalam mencari, aku telah menghubungi beberapa agensi kerajaan seperti RISDA dan MADA untuk bertanyakan samada agensi tersebut mempunyai kawasan yang boleh aku pajak untuk dijadikan kandang kambing.. Akhirnya aku telah dapat satu kandang terbiar kepunyaan Pertubuhan Peladang MADA Kawasan A1 Guar Sanji, Arau, Perlis. Kandang tersebut terletak di Batu 8, Kampung Langsat, Jalan Kodiang-Changloon, Kedah..Selepas berbincang dengan pihak pengurusan MADA Arau, lalu mereka bersetuju untuk menyewa tapak tersebut dengan kadar RM3600 setahun. Aku pun dengan pantas bersetuju menyewa kerana tapak tersebut telah lengkap dan amat sesuai untuk menternak kambing...ini kerana :-
  • Telah tersedia kandang kambing 25kaki x 110kaki (perlukan sedikit pembaikan)
  • Ada kemudahan air dan elektrik
  • Garaj berbumbung berkeluasan 20 kaki x 45 kaki
  • Keluasan tanah 7.5 ekar
Dalam bulan May 2010, aku telah membeli lagi 17 ekor kambing Boer kacukan untuk menjadikan jumlah kambing dikandang 40 ekor..Dalam pada itu beberapa induk betina kambing aku mula bunting dan beranak dan menyebabkan bilangan kambing di kandang semakin bertambah.. 

Disebabkan modal yang terhad, aku telah menghantar permohonan bantuan kambing kepada Pejabat Veterinar Putrajaya untuk mendapatkan bantuan baka kambing Boer. Dalam pada itu kami juga  telah merancang untuk memohon bantuan daripada Jabatan Veterinar Daerah Kubang Pasu, untuk mengikuti sistem pawah yang dianjurkan. Selepas menunggu sekian lama akhirnya kami telah dipanggil ke pejabat Veterinar Kubang Pasu untuk sessi taklimat kepada bakal-bakal peserta yang layak untuk menerima bantuan kambing...tetapi sebelum itu, kami diwajibkan mengikuti Kursus Asas Penternakan Ruminan yang dianjurkan oleh JPV Negeri Kedah.Oleh kerana kami memohon seramai 5 orang maka kami telah dijanjikan 125 ekor kambing Boer iaitu 120 ekor betina dan 5 induk penjantan..

Selepas puas menunggu, maka aku telah mendapat surat kelulusan daripada JPV Putrajaya yang mengatakan permohonan yang aku hantar kepada mereka telah diluluskan dan aku mendapat 25 ekor baka Boer betina.. Selepas beberapa karenah birokrasi akhirnya aku diminta pergi mengambil sendiri kambing tersebut di Ar Raudah Biotech Farm di Kuang, Selangor. Aku pun dengan usaha sendiri telah pergi dan bawa balik kambing tersebut kekandang aku dan selamat sampah kekandang aku pada May 2011.

Namun begitu aku masih lagi keadaan tenssion menunggu bantuan kambing yang dijanjikan oleh JPV Kubang Pasu dan Negeri Kedah...ini kerana dah masuk satu setengah tahun mereka menjanjikan tetapi sampai sekarang apa pun tiada...Kalau dulu aku selalu pergi dan telefon ke pejabat JPV tetapi sekarang ni...tidak lagi kerana aku dah frust dengan janji-janji kosong mereka.. Sebenarnya aku bukan niat untuk bermusuh dengan JPV Kubang Pasu dan Negeri Kedah, tetapi aku jadi tidak gembira bila memikirkan apa yang mereka buat kepada penternak-penternak kecil yang seramai 18 orang dalam senarai tu...

Tetapi sekarang ni Alhamdulillah... kambing-kambing aku dah bertambah daripada 65 ekor telah menjadi 118 ekor iaitu 65 ekor Boer kacukan dan 53 ekor kambing kampung yang aku beli disekitar kawasan terdekat.. Kambing kampung ini aku beli dengan pembiayaan modal seorang insan yang amat perihatin dengan nasib aku..walaupun beliau tidak mengenali aku secara dekat (berminat dengan website aku) tetapi beliau sanggup melabur modal untuk memperbesarkan projek ternakan kambing aku... Berbekalkan modal yang diberikan aku merancang untuk memasukan dalam 100 ekor induk betina kambing kampung.. Ini kerana beliau sendiri amat berminat dengan kambing kampung dan aku menyimpan hasrat untuk menjadi pembekal terbesar kambing kampung di kawasan utara ini..

Operasi kandang kambing aku ialah ternak,biak dan jual...oleh itu aku memerlukan sekurang-kurangnya 1 hingga 2 tahun sebelum aku memperolehi hasil dari jualan kambing... Oleh itu aku bercadang untuk mencari kambing Feral yang telah cukup umur untuk tujuan Aqikah dan Korban untuk aku jadikan kambing transit iaitu beli dan jual dengan mengambil sedikit keuntungan.. Disamping Feral...aku juga merancang untuk membeli kambing-kambing kampung (jantan) yang akan digunakan untuk tujuan yang sama..

Disebabkan telah berlaku pertambahan kepada jumlah kambing di kandang..Aku telah mengupah traktor untuk membajak kawasan tanah di belakang untuk dijadikan kawasan tanaman napier sebagai bekalan tambahan untuk makanan kepada kambing-kambing aku. Selain napier, aku juga merancang untuk menanam rumput kekacang dan guenea untuk dijadikan makanan ragut kepada kambing..

Pada 30/10/2011 yang lalu, aku telah diberitahu ada satu kandang hendap tutup, dan pemiliknya ingin menjual keseluruhan kambingnya. Mengikut maklumat yang aku dapat kambing tersebut adalah kambing kampung...apa lagi aku pergi bersama adik dan pak cik aku untuk melihat dan jika berkenan akan terus membeli. Tetapi bila tiba dikandang, lain pula jadinya kerana kambing yang terdapat disitu adalah kambing boer dan jamnapari (tulen). Saiznya begitu besar patutlah harga borongnya RM750/ekor. Semasa sedang melihat-lihat kambing...aku terpaku melihat seekor kambing jantan yang berusia 2 tahun...cukup cantik dan menarik serta altive mengawal kambing-kambing betina.. dalam hati aku berkata...inilah penjantan yang aku perlukan di kandang aku.. Ini kerana jantan dikandang aku,teramat lembab (tua) dan yang muda pula mengalami serangan virus di saluran penafasan... akibat terlalu bekenan dengan kambing jantan tersebut...aku menyatakan hasrat untuk membelinya...hanya seekor saja.. Harga yang diletak oleh tuannya ialah RM1200.00. Selepas berbincang...agak lama juga akhirnya barulah tuannya setuju dengan harga aku iaitu RM950.00. Selepas persetujuan dicapai...aku pun terus bayar duit dan masuk dalam kereta aku..

Jantan Hebat
Sampai saja di kandang...kambing jantan yang aku beli tadi terus mengamuk mengepung ibu-ibu kambing Boer aku yang berjumlah 25 ekor itu..Melihat keadaan tersebut, aku tersenyum dan puas ...tak sia-sia aku habiskan RM950.00 untuk beli kau...Berikutnya pada malamnya, kandang aku jadi kelam-kabut kerana sijantan ni, mula galak dan aku agak pada malam tu saja adalah 20% ibu-ibu kambing tersebut telah dikahwinkan... Jika proses ini berjaya, lagi 5 bulan akan berlakulah kelahiran secara besar-besaran kambing Boer di kandang aku.

Walaupun operasi kandang aku lebih mengutamakan kepada pembiakan, aku juga sedang mencari-cari kambing Feral yang cukup umur yang boleh dijadikan kambing Akikah/Qurban serta sembelihan. Langkan ini perli untuk menstabilkan cash flow aku yang sekarang ni hamping kosong.. Aku target untuk permulaan ni dalam 10 ekor untuk aku rolling.Aku dah merata cari kambing feral...dah jumpa tapi harganya amat tidak munasabah sekali...Ada satu pembekal tu dia hanya offer RM550 hingga RM750 seekor... Kalau aku dah beli harga tu...harga apa pulak aku nak jual.. Dan katanya lagi, kalau aku order banyak iaitu 50 hingga 100 ekor mereka boleh bagi harga borong iaitu dalam RM480 seekor itu pun kena ambil sendiri di Animal Hotel, KLIA.. Bila dengar tu aku pun pulang tanpa berkata apa-apa... Dalam perjalanan pulang aku mula berfikir-fikir bagaimanakah caranya untuk aku menyelesaikan masalah ketiadaan kambing untuk dijual dikandang aku... Dalam pada itu timbul lah idea untuk aku mencari kambing-kambing jantan kepunyaan penternak-penternak setempat dengan cara membeli kambing-kambing mereka kemudiannya dijualnya pula kepada pembeli-pembeli yang datang kekandang aku..

Sekarang ni aku tengah mencari sesiapa yang ingin menjual kambing-kambing jantan samada yang cukup umer 2 tahun atau tidak tetapi umurnya mesti lebih 1 1/2 tahun, ini kerana supaya aku tidak perlu membela lama dan menanggung kos pemakanan yang tinggi sebelum boleh dijual.

Mengenai program pembiakan kambing kampung aku, telah berlaku tiga kelahiran dengan 4 anak di kandang aku, namun sehingga hari ini yang hidup hanya 2 ekor sahaja, itupun adik aku dah rawat dengan bermacam-macam cara termasuk memasang lampu pemanas untuk menghangatkan badan anak-anak kambing tersebut. Selepas 2 hari melihat dunia, terkena jangkinan hingus dan selepas dirawat semua dah kembali normal... dan aku lihat dia dah mula main berlari-lari dalam kurungan kuaranten... Namun begitu ada seekor lagi ibu kampung yang masih tidak mahu makan..aku beri dia dedak pun gagal untuk membangkitkan seleranya...yang aku risau kerana ibu tu sarat mengandung...kalau sesuatu yang tidak diingini berlaku bertambah frustlah aku.. Aku pun hairan kenapa dia tidak mahu makan sedangkan yang lain semuanya ok-ok belaka...

Berbalik kepada kambing Boer aku, rasanya kesemua 24 ekor induk F3 aku telah siapkan dikahwinkan pada pusingan pertama ini iaitu bermula dari 02/10/2011 sehingga 21/10/2011..  Aku tersenyum puas kepada Induk Jantan Boer yang baru aku beli tu...cukup aktif mengawan. Biasanya sebelah malam senyap je....tapi sekarang pantang saja ada induk betina yang datang biang, mulalah terdengar bunyinya menggalak (bek...bek..bek..) tidak kira waktu...  lasak betul jantan tu... Jika semuanya menjadi.....lagi 5 bulan sibuklah aku kena jadi bidan kambin...he..he...he...maklumlah beranak sulung lah katakan....................

Akibat terlalu ghairah dengan aksi-aksi kambing aku, terlupa pula aku nak beritahu bahawa bermula pada bulan Oktober 2011 ni aku telah menukar nama syarikat aku dari MS Agro Brothers kepada My Goat Farm (myG). Bermula dari tarikh ini segala urusan pentadbiran perladangan akan di uruskan oleh myG. Syarikat ini akan beroperasi seperti biasa di bawah kelolaan aku dan mempunyai perancangan masa depan yang lebih mencabar iaitu untuk menjadikan bidang penternakan ini sebagai satu bidang ekonomi yang paling menguntungkan serta mempunyai rangkaian "networks' yang luas. Jika kita renungkan sedalam-dalamnya, penternakan merupakan pembekal utama sumber protein dalam negara kita. Tetapi harus diingat, bidang ini juga merupakan satu bidang yang paling mencabar. Ini kerana berdasarkan pemerhatian dan pembacaan, daripada 10 usahawan ternak yang memulakan operasi, hanya1 atau 2 sahaja yang akan berjaya. sebenarnya untuk berjaya bukan modal yang besar tetapi yang paling penting ialah semangat dan minat serta daya usaha. Sebab tu kita melihat banyak juga kandang-kandang yang besar kepunyaan individu dan agensi-agensi kerajaan telah tutup operasi mereka... Jika faktor modal menjadi penghalang, tidak mungkin kerana ladang-ladang besar ini telah mempunyai beratus-ratus dan ada juga yang mempunyai beribu ekor kambing tetapi mereka tutup juga...

Berdasarkan perkara itulah aku membuat rumusan bahawa bukan modal yang besar yang jadi penentu dalam kejayaan sektor ini, tetapi usaha gigih, minat serta semangat kental sahaja yang boleh membawa kita kelandasan yang betul untuk mencapai kejayaan. Kadang-kadang ada juga rakan-rakan yang bertanya adakah menguntungkan menternak kambing kerana mereka melihat ramai penternak-penternak telah gulung tikar... Bagi myG, itu bukan satu masalah tetapi adalah satu rahmat kepada myG...bila ramai dah tutup maka myG boleh berkembang dengan pantas kerana tidak perlu melalui persaingan serta akan menjadi tumpuan kerana dikawasan ini hanya ada myG yang beroperasi secara besar-besaran. Itulah kelebihan yang myG miliki sekarang ini. Dalam banyak-banyak kelebihan faktor harga pasaranlah yang paling ketara sekali. Kalau dulu harga kambing sembelihan hidup ialah RM16/kg tetapi sekarang disebabkan kekurang bekalan harga sekarang telah meningkat RM20/kg..

Masuk pertengahan Oktober 2011 ini, myF mempunyai  4 kategori kambing yang akan dibiakkan secara feedlot di kandang :-
                   
                      a) Induk Boer F3/F4 ------------  24 betina + 1 penjantan
                      b) Induk Jamnapari   ------------    9 betina  + 2 penjantan
                      c) Kambing Kampung -----------  25 betina + 5 penjantan
                      d) Kambing Cross / Kacukan ---   30 betina + 5 penjantan
                                                                        --------        -------
                                                                           88 ekor      13 ekor

Walaupun stok kambing myG sekarang melebihi 120 ekor, tetapi yang sesuai untuk pembiakan hanyalah 88 ekor sahaja. Berdasarkan jumlah itu, aku mengimpikan pada 5 bulan akan datang kambing-kambing tersebut akan mula melahirkan anak yang dalam anggaran sebanyak 120 ekor anak kambing... Namun begitu aku merasakan bahawa yang projek penternakan myG  masih beroperasi bukan dalam kapasiti yang sebenar ("under power"). Aku katakan begitu kerana berdasarkan kapasiti keluasan kandang 110 kaki x 25 kaki ini, aku boleh memuatkan induk-induk kambing untuk pembiakan dalam 150 ekor.. tetapi sekarang myF cuma ada 88 ekor sahaja ini bermakna myG masih kekurang  dalam 50 ekor lagi induk untuk pembiakan. Bilangan induk yang maksimum perlu kerana ada beberapa kos yang ditanggung adalah sama tanpa mengira jumlah ternakan...antara kos-kos tersebut ialah:-
        a) Kadar Pajakan Ladang - RM3,600.00 setahun.
        b) Bil-bil utility - elektrik dan air
        c) Penyelenggaraan kandang (masa,tenaga kerja)

Dalam mencapai tahap keluaran yang maksima myG, aku telah menngemukakan kertas cadangan kepada rakan kongsi myG supaya dapat dipertimbangkan cadangan aku untuk menambah lagi bilangan induk kambing betina di kandang...Jika untuk menambah kambing ini, aku cadangkan supaya dipilih baka BOER yang asli dengan baka penjantan yang tulen untuk menjamin baka yang baik serta mempunyai nilai yang tinggi di pasaran terutamanya pasaran baka...Kambing Boer baik kerana ianya mempunyai saiz badan yang besar serta mempunyai kadar pertumbuhan berat badan yang singkat iaitu hanya sekitar 8 hingga 12 bulan sahaja berat badannya bolen mencecah 40 kg.. Dengan berat badan yang sebegitu kita boleh mendapat harga yang tinggi di pasaran. Namun begitu untuk menambah lagi 100 ekor Boer dengan 4 ekor penjantan tulen bukanlah murah...mengikut anggaran aku adalah dalam RM60,000.00... apapun aku perlu tunggu keputusan daripada rakan kongsi aku sebelum langkah seterusnya di ambil....



Kepada rakan-rakan yang membaca blog aku...sama-samalah mendoakan kejayaan kita bersama...amin
Sekian untuk kali ini...terima kasih