Assalamualaikum...Untuk pengetahuan semua, aku dah kenal kambing memang lama... iaitu sejak aku kecik-kecik lagi.. Ini kerana di kampung aku ada satu Pak Long tu bela kambing secara tradisional (lepas dan jual) atau dalam bahasa modennya sistem kelompok. Disebabkan sistem inilah aku cukup benci kambing...apa taknya... kambing merayau dalam kampung merosakkan tanaman, padi, pokok-pokok kepunyaan orang kampung termasuklah tanaman kepunyaan keluarga aku... Aku rasa bukan aku saorang je yang benci kambing tu termasuk tuannya sekali tetapi satu kampung sama macam aku ...tetapi disebabkan amalan sopan santun budaya kita... tiada saorang pun yang sanggup menengur pak long kambing tu.... dan yang menjadi mangsa ialah kambingnya... apataknya orang kampung melepaskan geram kepada kambing-kambingnya.. termasuklah aku...
file : AR-Raudhah Biotech Farm |
Di panjangkan cerita, dulu aku tak boleh tengok kambing masuk kampung aku... ada saja idea jahat yang muncul dan kadang disebabkan idea itu terlalu sofistigated maka aku akan berduet dengan abang aku... Dulu bila kambing masuk kampung.. aku akan tangkap dan gantung macam-macam di lehernya seperti tin kosong, pelepah pisang kering dan lain-lain supaya bila kambing bergerak akan bunyi bising.. dan seterusnya kambing itu akan berlari kesana-sini kerana dia rasakan orang kejar dia (bunyi bising kat belakang).. Disebabkan jahatnya aku dulu, aku pernah benamkan keempat-empat kaki kambing dalam lumpur liat... kambing tu tidak boleh gerak... maka pada petangnya tuan kambing datang meronda terjumpalah kambingnya tersangkut dalam lumpur yang dah letih terkelipot...maka membebellah tuan punya kambing.. dan bertanya siapalah yang punya angkara ini.......................
Dalam pada itu ada lagi orang kampung yang lebih ganas, mereka bantai sampai terpeleot kambing tu... bila ini terjadi, pada ke esokannya akan ada lah kenduri kesyukuran kat kampung (makan kambing kena bantai)...
Oleh itu jika rasa pahit mulut atau begetah mulut nak makan daging kambing pi lah bantai kambing pak long tu....confirm punya ... esok boleh lah makan kenduri kambing... Tapi apa pun itu cerita dulu... aku dah bertaubat dah...la ni aku pula minat bela kambing... Tapi aku bela secara moden dan bersistem (feedlod). Aku pun tak tau macammana aku boleh minat bela kambing... (x padan dulu benci sungguh).. Aku bukan saja minat... malah aku sanggup habiskan beribu ringgit duit gaji aku pergi kursus menternak kambing di Kluang Johor...Lepas pulang dari kursus... semangat aku dah berapi-rapi untuk menternak kambing...lalu aku pun mencari-cari lokasi yang sesuai... dan akhirnya aku pun jumpa la satu lokasi yang amat sesuai dan paling menjimatkan kepunyaan PPK Guar Sanji, Perlis.. Selepas perbincangan dengan pihak lembaga pengarah PPK maka mereka bersetuju untuk memajak tanah tapak tersebut dengan harga RM3600 setahun... Maka aku dan rakan kongsi aku pun terus tangkap dan sebulan lepas tu kami pun terus masuk tapak menjalankan aktiviti pencerahan kawasan (gajah pun boleh sembunyi dalam belukar) dengan menyewa jentolak D6 selama 2 hari.. Untuk pengetahuan semua... lokasi ini dulu merupakan bekas kandang kambing PPK yang berhenti operasi sejak 2 tahun dulu... jadi kandang kambingnya 26' x 110' telah tersiap sedia cuma perlu pembaikan kecil sahaja.. Dan sekarang Alhamdulillah dah hampir setahun aku terlibat dalam bidang ini...dah berbagai dugaan dan rintangan yang aku hadapi...seperti menjadi bidan, merawat serangan ulat, dll... Aku rasa aku telah berada dalam landasan yang betul untuk berjaya dalam bidang penternakan ini..Ini kerana macam-macam idea yang ada dalam kepala... berkecamuk cuma masa yang boleh menentukan bilakah apa yang dirancangkan ini akan menjadi kenyataan..
Dalam mempercepatkan ternakan kambing aku berkembang, aku telah memohon menyertai Skim PINTAF kelolaan Jabatan Perkihdmatan Veterinar.. Selepas memohon, dan permohonan telah di luluskan... dan sekarang sedang dalam penantian menunggu dan terus menunggu bantuan baka kambing itu sampai....
Untuk pengetahuan gang semua... sampai sekarang ni pun... Pak Long kambing tu masih ternak kambing dia... langsung tidak berubah... masih setia macam dulu... tidak dapat petunjuk... sampaikan Tok Guru yang baca kitab kat kampung pun dah meninggal dan ganti Tok Guru baru pun tetap sama masih maintain macam tu... Lates ni anak dia pula ambil alih projek usaha sama ternak sekampung tu... pun masih macam tu juga...anak rintik, bapak borek..... tak tau lah sampai bila sistem ini akan bertahan

Aku rasa ... aku tidak menyesal menceburi bidang penternakan ini... Jika kita tengok di negara maju seperti Australia, New Zealand, England, Belanda, USA, France, Portugal, Italy, Korea, Jepun .... kebanyakan golongan jutawan mereka adalah golongan petani dan penternak..... cuba tanya............kenapa mereka boleh lakukan...... tetapi mengapa kita tidak boleh........ sedangkan dunia ini bulat... negara kita Malaysia mempunyai tanah yang subur, cuaca elok sepanjang tahun...tetapi kenapa kita tidak boleh.... dan golongan yang miskin, naif, itu di negara kita adalah petani dan penternak......................................FIKIRKANLAH.........adakah petani dan penternak di MALAYSIA telah ditakdirkan untuk susah dan miskin untuk selamanya.......................
sekian...