Untuk pengetahuan semua, tapak kandang aku berada dalam kawasan seluas 12 relong iaitu lebih kurang 7.5 ekar.. Kawasan yang aku guna untuk menternak kambing dan tanam rumput dalam 3 relong... Kawasan yang lebih tu pihak PPK telah menanam dengan pokok kelapa sawit... Bila sumua dah siap tanam... PKK telah mengupah aku untuk memantau tanaman kelapa sawitnya seperti membaja, meracun kumbang dan meracun rumput di kawasan ladangnya...
Dalam pada itu timbullah idea iaitu dicelah antara pokok kelapa sawit (lorong 30 kaki) aku rancang untuk menanam nenas. Aku telah kemukakan kertas cadangan kepada Pihak Ahli Lembaga Pengarah PPK A1 . Disamping itu aku telah pun memulakan langkah pertama dengan memanggil sifu nenas (En.Fazli) datang ke ladang untuk meninjau kawasan dan menilai keadaan tanah... Berdasarkan penilaiannya...amat bersusuaian..dan mengikut anggaran boleh muat dalam 8000 pokok dalam 1 relong kelapa sawit.. Akan tetapi untuk anggaran lebih tepat kenalah siapkan batas dahulu..
Mengikut sifu nenas en Fazli harga benih nenas RM0.20 dan lengkap dengan pakej tanam RM0.27. Jadi apabila kerja-kerja penyediaan batas, maka aku akan membuat kiraan sebanyak mana benih nenas boleh di muatkan dalam kawasan tersebut..(anggaran dalam 60,000 pokok)..Anggaran kos benih RM0.20 x 60000 = RM12,000.00... banyak tu... mana mau korek....Untuk itu, aku telah memulakan aktivi menanam nenas, dalam kawasan seluas 1 relong (10 ribu benih nenas). Dalam merialisasikan projek percubaan tanaman nenas, aku telah menggunakan khidmat buruh asing dari Thailand. Sekarang dah siap tanam cuma aku sekarang ini tunggu dan lihat saja sementara menunggu musim kemarau berakhir rasanya pada pertengahan March 2011.
Pada musim kemarau ini, semuanya kering-kontang, rumput napier pun kering dan yang paling aku terasa ialah poket seluar aku pun turut kering kontang sekali...
Masuk bulan February 2012, nenas aku dah mula berbunga...lagi 3 bulan bolehlah aku merasa buah nenas pertama yang aku tanam dalam anggaran 5000 pokok...
Pada musim kemarau ini, semuanya kering-kontang, rumput napier pun kering dan yang paling aku terasa ialah poket seluar aku pun turut kering kontang sekali...
Masuk bulan February 2012, nenas aku dah mula berbunga...lagi 3 bulan bolehlah aku merasa buah nenas pertama yang aku tanam dalam anggaran 5000 pokok...